Wednesday, 23 February 2011

TAJUK:SEJARAH PENGISLAMAN PN. ANITA
NAMA:NUR AFIFAH BINTI MOHD KHIR JOHARI
NO.PELAJAR:2010470678
KUMPULAN:ASD2Fn
PROGRAM:DIPLOMA SAINS(BAHAGIAN 2)
DISEDIAKAN UNTUK:USTAZ ABDUL AZIZ HARJIN
TARIKH HANTAR:24 FEBRUARI 2011
ISI KANDUNGAN
  •   ABSTRAK
  •  PENGHARGAAN
  •   PENDAHULUAN
  •   KONSEP
  •  HURAIAN
-DEFINISI AGAMA
-PENGARUH AGAMA BUDDHA DI THAILAND
-LATAR BELAKANG SEBELUM ISLAM
-SELEPAS MEMELUK ISLAM
-SEJARAH PENGISLAMAN
-PERBEZAAN ANTARA AGAMA
-PERANAN DALAM DAKWAH

  •  PENUTUP
  •   RUJUKAN

                  ABSTRAK

TAJUK:MUALAF

Setiap mualaf yang memeluk agama Islam mempunyai sejarah mereka tersendiri iaitu bagaimana, mengapa, dan kenapa mereka memilih Islam sebagai agama merekaSeperti dalam surah Al-Baqarah ayat ke-256 yang membawa maksud “Tidak ada paksaan untuk (memasuki)agama (Islam),sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah.Kerana itu barang siapa yang ingkar pada Thaghut dan beriman kepada Allah S.W.T ,maka sesungguhnya ia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akan putus.Dan Allah S.W.T Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.”Ayat ini menerangkan bahawa Islam tidak pernah memaksa umatnya untuk beriman kepada Allah S.W.T. Malahan,Islam adalah agama yang lurus dan diredhai yang mana firman Allah S.W.T dalam surah Ali-Imran,ayat 19 yang bermaksud “Sesungguhnya agama di sisi Allah S.W.T ialah Islam”.
Tambahan pula,mualaf dapat didefinisikan  sebagai panggilan bagi individu yang bukan Muslim atau bukan Islam yang mempunyai harapan masuk agama Islam atau orang yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah. Orang mualaf ini akan sentiasa dibimbing agar tidak terpesong akidahnya.Bagi mereka yang baru memeluk agama Islam diibaratkan seperti bayi yang baru dilahirkan iaitu suci dan bersih tanpa sebarang dosa.Begitu bertuahnya bagi mereka yang menerima hidayah Allah S.W.T untuk memeluk Islam berbanding hamba Allah S.W.T yang dilahirkan dalam Islam secara keturunan dan belum mendapat hidayah.
Selain itu,golongan mualaf merupakan golongan yang paling penting dalam mengembangkan agama Islam.Sebagai contoh,dalam sejarah Islam terdahulu yang mana golongan sahabat yang memeluk Islam,mereka mengembangkan Islam dengan sepenuh jiwa dan raga mereka.Mereka begitu memegang pada janji-janji Allah S.W.T serta suruhan dan larangan Nya.Seperti yang dinyatakan dalam surah Muhammad, ayat ke-47 , Allah S.W.T berfirman “Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong (agama) Allah S.W.T. ,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.Mereka mempunyai semangat jihad yang tinggi di jalan Allah S.W.T.
Oleh itu,marilah kita sama-sama menegakkan syiar Islam ke seluruh pelosok dunia agar kegemilangan Islam dapat kembali seperti dahulu dan semoga golongan mualaf dapat memainkan peranan mereka dalam menyebarkan dakwah sama ada kepada keluarga mereka,masyarakat dan sebagainya.


PENGHARGAAN
Assalamua’alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur saya kehadrat  Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya saya dapat menyiapkan kerja kursus CTU 151 dengan jayanya.Walaupun terdapat pelbagai cabaran dan rintangan , alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah S..W.T segala urusan dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah CTU 151 iaitu Ustaz Abdul Aziz Harjin.Hal ini kerana,beliau banyak membimbing dan sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam usaha untuk menyiapkan kerja kursus ini.Beliau tidak pernah menolak sebarang pertanyaan malah sentiasa memberi pandangan kepada pelajarnya supaya memperbaiki sesuatu menjadi lebih baik.Terima kasih atas segalanya.
Seterusnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Anita kerana sudi dan mengizinkan saya untuk menceritakan sejarah pengislaman beliau dan peranan nya dalam dakwah Islam.Walaupun terdapat kekangan waktu ,beliau sudi untuk meluangkan sedikit masa untuk memberikan maklumat tentang sejarah beliau.Saya juga amat berterima kasih kepada ahli keluarga beliau terutama anak sulungnya, Artila bt Salim kerana sudi memberi maklumatkepada saya.Kerjasama yang mereka berikan sangat bermakna buat saya untuk menyiapkan tugasan ini.Saya amat berharap keluarga ini sentiasa dalam keberkatan Allah S.W.T hendaknya.Ameen..
Tidak lupa juga kepada ahli keluarga saya iaitu ayah,Mohd Khir Johari dan ibu-ibu saudara,Massuria bt Abd Rahman dan Massirah bt Abd Rahman kerana mereka banyak membantu saya mencari maklumat dan kewangan untuk menyiapkan kerja kursus ini.Alhamdulillah kepada Allah S.W.T dan saya amat berterima kasih kepada ahli keluarga yang sudi membantu.
Tambahan pula, saya berterima kasih kepada rakan-rakan saya atas tunjuk ajar mereka iaitu Ummu Juwairiah bt Yusri dan Nur Farhana bt Jamaludin dalam membantu saya untuk menyiapkan blog ini.Jutaan terima kasih saya ucapkan.Akhir kata, saya amat bersyukur kerana berjaya menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang telah ditetapkan dan terima kasih pada mana-mana pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
PENDAHULUAN
Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya dapat menyiapkan blog untuk kerja kursus CTU 151 pada masa yang telah ditetapkan.Bagi memenuhi syarat kerja kursus ini, saya telah memilih untuk menulis tentang pengislaman seorang mualaf di kariah saya.
Saya telah memutuskan untuk menulis tentang seorang mualaf yang ada di kariah saya kerana saya amat berminat dengan cara pengislaman beliau.Hal ini kerana,kebanyakan orang Islam yang kini adalah disebabkan keturunan dan bukan menerima hidayah Allah.Tetapi beliau terpilih oleh Allah S.W.T untuk menerima Islam setelah 26 tahun menganut agama Buddha.Walau bagaimanapun,beliau amat bersyukur kerana menemui apa yang dicari-cari selama ini.Oleh itu, saya rasa dengan menulis tentang pengislaman beliau,membuatkan saya rasa bertuah dilahirkan sebagai umat Islam.
Saudara mualaf yang telah saya pilih dari keluarga besar saya, iaitu Puan Anita bt Abdullah yang merupakan tok saudara saya sebelah ibu.Beliau telah berkahwin dengan tok saudara saya iaitu Salim bin Awang.Mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Artila, Solehah, dan Sabirah.Setelah tujuh tahun mendirikan rumahtangga bersama suami beliau , Salim bin Awang telah pergi mendahului dirinya, kembali ke rahmatullah pada tahun 1998.Oleh itu, tiga orang anaknya dibesarkan olehnya sendirinya.
Setelah hidup membujang selama 4 tahun, beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga buat kali kedua.Beliau mengambil keputusan sedemikian untuk mencari seseorang yang boleh membimbingnya dan anak-anaknya yang masih kecil.Beliau telah berkahwin dengan Zakhri bin Rashid.Dengan hasil perkahwinan ini,beliau dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki yang bernama Mohd Zaki.Beliau amat bersyukur kerana masih berpegang teguh pada kalimah syahadah walaupun kehilangan suami tercinta yang telah banyak membimbingnya di jalan Allah S.W.T dan beliau juga bersyukur atas kurniaan keluarga yang bahagia buat dirinya.
Inilah sedikit sebanyak pengenalan tentang Puan Anita binti Abdullah yang merupakan mualaf di kariah saya.Maklumat yang terperinci akan saya sertakandi bahagian huraian.


                       KONSEP MUALAF
Perkataan mualaf merupakan perkataan yang begitu sinonim dengan masyarakat kita sekarang.Hal ini kerana,telah ramai saudara kita yang baru memeluk agama Islam.Pengertian mualaf dari segi bahasa ialah orang yang baru masuk Islam,saudara baru menurut Kamus Dewan Edisi Empat.Golongan ini berhak menerima zakat.Selain itu,mualaf dari juga bermaksud orang yang telah menukarkan kepercayaan agamanya,biasanya dalam agama Islam dipanggil mualaf.
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a : “Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”
(al-Bukahri)
Huraian:
Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf.
Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka.
Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas.

Istilah saudara baru,mualaf dan saudara Muslim selalu digunakan untuk merujuk orang bukan Islam yang baru memeluk Islam dan baru bertatih untuk memulakan penghidupan sebagai umat Muhammad.Istimewanya mualaf ialah kerana mereka termasuk asnaf yang layak menerima zakat dan sebaik mengucap dua kalimah syahadah,keadaan mereka seolah-olah bayi baru lahir yang suci dan bersih daripada dosa.Islam menyuruh saudara baru ini dibantu dan diberi kemudahan untuk menjalani hidup sebagai seorang Islam.Menjaga kebajikan golongan mualaf menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam.Kehadiran mualaf perlu diterima dengan hati terbuka dan rasa gembira oleh umat Islam lain.Umat Islam perlu memberikan sokonganuntuk membantu saudara baru membina keyakinan dan kekuatan diri untuk menghadapi cabaran hidup yang jauh berbeza daripada kehidupan terdahulu.
HURAIAN