Wednesday, 23 February 2011

TAJUK:SEJARAH PENGISLAMAN PN. ANITA
NAMA:NUR AFIFAH BINTI MOHD KHIR JOHARI
NO.PELAJAR:2010470678
KUMPULAN:ASD2Fn
PROGRAM:DIPLOMA SAINS(BAHAGIAN 2)
DISEDIAKAN UNTUK:USTAZ ABDUL AZIZ HARJIN
TARIKH HANTAR:24 FEBRUARI 2011
ISI KANDUNGAN
  •   ABSTRAK
  •  PENGHARGAAN
  •   PENDAHULUAN
  •   KONSEP
  •  HURAIAN
-DEFINISI AGAMA
-PENGARUH AGAMA BUDDHA DI THAILAND
-LATAR BELAKANG SEBELUM ISLAM
-SELEPAS MEMELUK ISLAM
-SEJARAH PENGISLAMAN
-PERBEZAAN ANTARA AGAMA
-PERANAN DALAM DAKWAH

  •  PENUTUP
  •   RUJUKAN

                  ABSTRAK

TAJUK:MUALAF

Setiap mualaf yang memeluk agama Islam mempunyai sejarah mereka tersendiri iaitu bagaimana, mengapa, dan kenapa mereka memilih Islam sebagai agama merekaSeperti dalam surah Al-Baqarah ayat ke-256 yang membawa maksud “Tidak ada paksaan untuk (memasuki)agama (Islam),sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah.Kerana itu barang siapa yang ingkar pada Thaghut dan beriman kepada Allah S.W.T ,maka sesungguhnya ia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akan putus.Dan Allah S.W.T Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.”Ayat ini menerangkan bahawa Islam tidak pernah memaksa umatnya untuk beriman kepada Allah S.W.T. Malahan,Islam adalah agama yang lurus dan diredhai yang mana firman Allah S.W.T dalam surah Ali-Imran,ayat 19 yang bermaksud “Sesungguhnya agama di sisi Allah S.W.T ialah Islam”.
Tambahan pula,mualaf dapat didefinisikan  sebagai panggilan bagi individu yang bukan Muslim atau bukan Islam yang mempunyai harapan masuk agama Islam atau orang yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah. Orang mualaf ini akan sentiasa dibimbing agar tidak terpesong akidahnya.Bagi mereka yang baru memeluk agama Islam diibaratkan seperti bayi yang baru dilahirkan iaitu suci dan bersih tanpa sebarang dosa.Begitu bertuahnya bagi mereka yang menerima hidayah Allah S.W.T untuk memeluk Islam berbanding hamba Allah S.W.T yang dilahirkan dalam Islam secara keturunan dan belum mendapat hidayah.
Selain itu,golongan mualaf merupakan golongan yang paling penting dalam mengembangkan agama Islam.Sebagai contoh,dalam sejarah Islam terdahulu yang mana golongan sahabat yang memeluk Islam,mereka mengembangkan Islam dengan sepenuh jiwa dan raga mereka.Mereka begitu memegang pada janji-janji Allah S.W.T serta suruhan dan larangan Nya.Seperti yang dinyatakan dalam surah Muhammad, ayat ke-47 , Allah S.W.T berfirman “Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong (agama) Allah S.W.T. ,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.Mereka mempunyai semangat jihad yang tinggi di jalan Allah S.W.T.
Oleh itu,marilah kita sama-sama menegakkan syiar Islam ke seluruh pelosok dunia agar kegemilangan Islam dapat kembali seperti dahulu dan semoga golongan mualaf dapat memainkan peranan mereka dalam menyebarkan dakwah sama ada kepada keluarga mereka,masyarakat dan sebagainya.


PENGHARGAAN
Assalamua’alaikum w.b.t. Alhamdulillah syukur saya kehadrat  Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya saya dapat menyiapkan kerja kursus CTU 151 dengan jayanya.Walaupun terdapat pelbagai cabaran dan rintangan , alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah S..W.T segala urusan dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah CTU 151 iaitu Ustaz Abdul Aziz Harjin.Hal ini kerana,beliau banyak membimbing dan sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam usaha untuk menyiapkan kerja kursus ini.Beliau tidak pernah menolak sebarang pertanyaan malah sentiasa memberi pandangan kepada pelajarnya supaya memperbaiki sesuatu menjadi lebih baik.Terima kasih atas segalanya.
Seterusnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Anita kerana sudi dan mengizinkan saya untuk menceritakan sejarah pengislaman beliau dan peranan nya dalam dakwah Islam.Walaupun terdapat kekangan waktu ,beliau sudi untuk meluangkan sedikit masa untuk memberikan maklumat tentang sejarah beliau.Saya juga amat berterima kasih kepada ahli keluarga beliau terutama anak sulungnya, Artila bt Salim kerana sudi memberi maklumatkepada saya.Kerjasama yang mereka berikan sangat bermakna buat saya untuk menyiapkan tugasan ini.Saya amat berharap keluarga ini sentiasa dalam keberkatan Allah S.W.T hendaknya.Ameen..
Tidak lupa juga kepada ahli keluarga saya iaitu ayah,Mohd Khir Johari dan ibu-ibu saudara,Massuria bt Abd Rahman dan Massirah bt Abd Rahman kerana mereka banyak membantu saya mencari maklumat dan kewangan untuk menyiapkan kerja kursus ini.Alhamdulillah kepada Allah S.W.T dan saya amat berterima kasih kepada ahli keluarga yang sudi membantu.
Tambahan pula, saya berterima kasih kepada rakan-rakan saya atas tunjuk ajar mereka iaitu Ummu Juwairiah bt Yusri dan Nur Farhana bt Jamaludin dalam membantu saya untuk menyiapkan blog ini.Jutaan terima kasih saya ucapkan.Akhir kata, saya amat bersyukur kerana berjaya menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang telah ditetapkan dan terima kasih pada mana-mana pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
PENDAHULUAN
Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya dapat menyiapkan blog untuk kerja kursus CTU 151 pada masa yang telah ditetapkan.Bagi memenuhi syarat kerja kursus ini, saya telah memilih untuk menulis tentang pengislaman seorang mualaf di kariah saya.
Saya telah memutuskan untuk menulis tentang seorang mualaf yang ada di kariah saya kerana saya amat berminat dengan cara pengislaman beliau.Hal ini kerana,kebanyakan orang Islam yang kini adalah disebabkan keturunan dan bukan menerima hidayah Allah.Tetapi beliau terpilih oleh Allah S.W.T untuk menerima Islam setelah 26 tahun menganut agama Buddha.Walau bagaimanapun,beliau amat bersyukur kerana menemui apa yang dicari-cari selama ini.Oleh itu, saya rasa dengan menulis tentang pengislaman beliau,membuatkan saya rasa bertuah dilahirkan sebagai umat Islam.
Saudara mualaf yang telah saya pilih dari keluarga besar saya, iaitu Puan Anita bt Abdullah yang merupakan tok saudara saya sebelah ibu.Beliau telah berkahwin dengan tok saudara saya iaitu Salim bin Awang.Mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Artila, Solehah, dan Sabirah.Setelah tujuh tahun mendirikan rumahtangga bersama suami beliau , Salim bin Awang telah pergi mendahului dirinya, kembali ke rahmatullah pada tahun 1998.Oleh itu, tiga orang anaknya dibesarkan olehnya sendirinya.
Setelah hidup membujang selama 4 tahun, beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga buat kali kedua.Beliau mengambil keputusan sedemikian untuk mencari seseorang yang boleh membimbingnya dan anak-anaknya yang masih kecil.Beliau telah berkahwin dengan Zakhri bin Rashid.Dengan hasil perkahwinan ini,beliau dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki yang bernama Mohd Zaki.Beliau amat bersyukur kerana masih berpegang teguh pada kalimah syahadah walaupun kehilangan suami tercinta yang telah banyak membimbingnya di jalan Allah S.W.T dan beliau juga bersyukur atas kurniaan keluarga yang bahagia buat dirinya.
Inilah sedikit sebanyak pengenalan tentang Puan Anita binti Abdullah yang merupakan mualaf di kariah saya.Maklumat yang terperinci akan saya sertakandi bahagian huraian.


                       KONSEP MUALAF
Perkataan mualaf merupakan perkataan yang begitu sinonim dengan masyarakat kita sekarang.Hal ini kerana,telah ramai saudara kita yang baru memeluk agama Islam.Pengertian mualaf dari segi bahasa ialah orang yang baru masuk Islam,saudara baru menurut Kamus Dewan Edisi Empat.Golongan ini berhak menerima zakat.Selain itu,mualaf dari juga bermaksud orang yang telah menukarkan kepercayaan agamanya,biasanya dalam agama Islam dipanggil mualaf.
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a : “Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”
(al-Bukahri)
Huraian:
Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf.
Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka.
Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas.

Istilah saudara baru,mualaf dan saudara Muslim selalu digunakan untuk merujuk orang bukan Islam yang baru memeluk Islam dan baru bertatih untuk memulakan penghidupan sebagai umat Muhammad.Istimewanya mualaf ialah kerana mereka termasuk asnaf yang layak menerima zakat dan sebaik mengucap dua kalimah syahadah,keadaan mereka seolah-olah bayi baru lahir yang suci dan bersih daripada dosa.Islam menyuruh saudara baru ini dibantu dan diberi kemudahan untuk menjalani hidup sebagai seorang Islam.Menjaga kebajikan golongan mualaf menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam.Kehadiran mualaf perlu diterima dengan hati terbuka dan rasa gembira oleh umat Islam lain.Umat Islam perlu memberikan sokonganuntuk membantu saudara baru membina keyakinan dan kekuatan diri untuk menghadapi cabaran hidup yang jauh berbeza daripada kehidupan terdahulu.
HURAIAN
DEFINISI AGAMA

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.
Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:
1.Perlakuan                    
seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.
2.Sikap
seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama.
3.Pernyataan
seperti jambi,mantera dan kalimat suci.
4.Benda
yang zahir seperti bangunan.Contohnya 
masjid, gereja, azimat dan tangkal.
Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Ciri-ciri ini lebih menonjol di dalam agama universal, daripada agama folk. (sila lihat dibawah)
Manusia yang tidak tidak mempercayai adanya tuhan dan menolak semua kepercayaan beragama pula dipanggil ateisme.


PENGARUH AGAMA BUDDHA DI THAILAND
Kerajaan Thailand adalah sebuah negara di Asia Tenggara. Negara ini mngesankan kembali asal-usulnya ke Kerajaan beraja Sukhothai yang didirikan pada 1238 dan berikutnya Kerajaan beraja Ayutthaya.Pusat negara ini adalah dataran Chao Phraya di sekitar ibu negaranya Bangkok.Ia mempunyai pantai di Teluk Thailand dan juga Laut Andaman, bersempadan dengan negara Malaysia di selatan, Myanmar di barat dan Laos danKemboja  di timur.Sistem politik Thailand adalah Kerajaan Raja Berperlembagaan dengan HM Raja Bhumibol Adulyadej  sebagai ketua negara danSurayud Chulanont sebagai perdana menteri. Dengan penduduk lebih daripada 60 juta, GDP Thailand adalah kebanyakannya ditempat ke-21 di dunia. Rakyatnya bertutur Thai dan lebihan yang sangat besar adalah agama Buddha dari adat Theravada termasuk di Udon Thani.
Agama Buddha di Thailand adalah sebahagian besarnya dari mahzhab Theravada. Hampir
95% pendudukThailand adalah Buddha dari mahzhab Theravada, walaupun agama Buddha dalam negara ini telah dicampur-aduk dengan kepercayaan rakyat seperti pujaan nenek moyang dan agama-agama Cina dari penduduk Thai-Cina yang besar. Pekong Buddha di Thailand dicirikan dengan stupa emas yang tinggi, dan seni bina Buddha di Thailand adalah mirip dengan yang ada di negara-negara Asia Tenggara lain, terutamanya Kamboja dan Laos, dengan yang mana Thailand berkongsikan warisan kebudayaan dan bersejarah.
Agama Buddha Theravada Thai diimportkan dari Sri Lanka. Sementara ada variasi tempatan dan berdaerah yang penting, mahzhab Theravafa memberikan kebanyakan tema utama agama Buddha Thai. Mengikut tradisi,Pāli adalah bahasa agama tersebut di Thailand. Skriptur-skriptur dirakamkan dalam bahasa Pāli, menggunakan sama ada tulisan moden Thai atau tulisan Khom dan Tham yang lebih tua. Pāli juga digunakan dalam liturgi agama, walaupun kebanyakan Thai memahami sangat sedikit bahasa purba ini. Pāli Tipitaka adalah teks agama asas Thailand, walaupun banyak teks tempatan telah digubahkan untuk meringkaskan bilangan pelbagai ajaran yang dijumpai di Tipitaka. Kod biara (Patimokkha) diikuti oleh sami-sami Thai yang diambil dari Pāli Theravada—suatu yang diberikan sebarang poin kontroversei sewaktu percubaan baru-baru ini untuk membangkitkan semula keturunan bhikkhuni di Thailand.


LATAR BELAKANG SEBELUM MEMELUK ISLAM

Yuwathida Sea-Kan yang membawa maksud “anak perempuan yang kecil” adalah nama yang diberikan oleh kedua orang tuanya sejak dilahirkan.Beliau dilahirkan pada 2 Jun 1965 di salah sebuah hospital di Udon Thani, Thailand.Keluarga beliau hidup dalam kesederhanaan dan mereka tinggal di sebuah kampung, iaitu Kampung Nongburlampoo di Udon Thani, Thailand.
Udon Thani merupakan salah satu bandar yang terbesar di Tenggara Thailand(bahagian ISAN) selepas Khon Kaen dan Nakom Ratchasima.Di Thailand, Udon Thani dikenali sebagai Udon.Ia terletak sekitar 560km dari Bangkok.Keluarga beliau hidup aman damai di Udon kerana Udon juga merupakan sebuah bandar yang indah yang mana tidak sesibuk di Bangkok.Masyarakatnya juga sangat baik dan berketerampilan.
Ibubapa beliau seorang penganut agama Buddha.Nama bapanya ialah Yhin manakala ibunya bernama Buddhi.Beliau merupakan anak kedua dari pasangan ini.Beliau mempunyai tiga orang adik-beradik iaitu seorang kakak yang bernama Naree dan seorang adik lelaki yang bernama Chit Chay.Mereka hidup sebagai sebuah keluarga yang bahagia dan ibubapanya berpegang teguh pada agama yang mereka anuti.Walau bagaimanapun,bagi Yuwathida, beliau hanya menganuti agama tersebut tetapi kehidupan sehariannya tidak mengikut semua yang berlandaskan agama Buddha.Hal ini kerana, tidak mempunyai prinsip dan rukun yang jelas tentang agama tersebut.Mereka hidup dalam kebebasan dalam melakukan apa sahaja.
Yuwathida mendapat pendidikan sepenuhnya sejak beliau berusia tiga tahun.Hal ini kerana,sistem pendidikan di Thailand agak berbeza di Malaysia.Sistem pendidikan di Thailand,seseorang itu wajib belajar sembilan tahun dengan nilaian gred seperti berikut:
·         Pendidikan Play Group dan TK (usia 3tahun-6tahun)
·         Pendidikan Sekolah Dasar (Gred 1-6)
·         Pendidikan Sekolah Menengah (Gred 7-9)
·         PendidikanSekolah Menengah Atas (Gred 10-12)

Beliau mendapat Pendidikan Play Group dan TK di sebuah sekolah iaitu Longlian Ban Lamphoo.Ketika itu beliau belajar perkara-perkara yang asas.Setelah itu, beliau melanjutkan lagi Pendidikan Sekolah Dasar ketika berusia 7 tahun di Nong Bua Lamphoo.Beliau perlu mencapai gred 1-6.Dengan memperolehi keputusan yang sederhana ,beliau meneruskan pelajaran kepada Pendidikan Sekolah Menengah selama tiga tahun iaitu dari gred 7-9 di Longlian Matthayom.Dan yang terakhir, Pendidikan Sekolah Menengah Atas di Nong Bua Lamphoo selama tiga tahun iaitu gred 10-12. Beliau hanya mendapat pendidikan untuk sekolah rendah dan menengah.
Setelah tamat pendidikan,beliau hanya berniaga dengan saudaranya di Padang Besar untuk menampung kehidupannya.Yuwathida hidup dalam serba sederhana bersama keluarganya.Inilah sejarah hidup beliau sebelum memeluk Islam.
SELEPAS MEMELUK ISLAM...
Yuwathida Sea-Kan memeluk Islam pada 7 Mac 1991 dan beliau telah memilih nama Islamnya sebagai Anita binti Abdullah yang membawa maksud taat dan berbakti.Beliau memilih nama ini dengan harapan dapat berbakti kepada agama Islam dan sentiasa taat pada perintah Allah S.W.T.Beliau tertarik dengan Islam semasa umurnya 20 tahun.Dalam tempoh enam tahun ,beliau mencari-cari persoalan yang ada dalam dirinya.Sehinggalah beliau menemui bakal suaminya yang banyak memberi jawapan pada persoalan yang dicarinya selama ini.Bakal suaminya juga banyak memberi bimbingan kepadanya sepanjang beliau mendalami Islam.
Setelah beliau begitu tekad dengan keputusan untuk memeluk Islam tanpa bantahan daripada keluarga,beliau telah memilih mendirikan rumahtangga dengan orang yang banyak membimbingnya selama ini iaitu Salim bin Awang.Mereka selamat diijab kabulkan pada tahun 1991 dan beliau tinggal di kampung suaminya iaitu Kampung Teluk Kacang, Bintong Perlis.Setelah setahun berkahwin, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Artila binti Salim.Begitu juga berikutnya, mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan yang cantik iaitu Solehah binti Salim dan Sabirah binti Salim.Alhamdulillah, mereka hidup dengan aman dan harmoni.






Sewaktu anak perempuan sulung mereka berusia enam tahun iaitu tahun 1998,suaminya Salim bin Awang telah pergi meninggalkan beliau dan anak-anak buat selamanya.Suaminya meninggal tanpa sebarang punca yang dapat dikesan.Suaminya meninggal dalam keadaan tidur.Musibah ini amat berat buat dirinya menanggung seorang diri bersama tiga orang anaknya yang masih kecil.Walau bagaimanapun,beliau amat tabah menerima dugaan ini kerana takdir mereka bersama hanya tujuh tahun.Alhamdulillah,sepanjang hidupnya dengan membesarkan anak-anak, keluarga mereka dibantu oleh pihak-pihak yang tertentu seperti PERKIM.Beliau seorang yang tabah dalam mendidik anak-anak tanpa suami di sisinya.
Beliau hidup bersendirian dengan anak-anaknya tanpa seseorang yang dapat membimbing mereka.Oleh itu,Puan Anita memutuskan untuk mendirikan masjid buat kali kedua bersama Encik Zakri bin Rashid iaitu rakan kepada suaminya.Mereka selamat diijab kabul pada tahun 2002.Encik Zakri bekerja sendiri untuk menampung mereka sekeluarga.Dengan hasil perkahwinan bersama suaminya yang kedua,mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Mohd Zaki.Hingga kini,Puan Anita kekal dalam rumahtangganya bersama Encik Zakri.Beliau amat bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada mereka sekeluarga.








                                         
 SEJARAH PENGISLAMAN PUAN ANITA
Tanggal 7 Mac 1991,akhirnya Puan Anita telah bergelar seorang Muslim.Beliau amat bersyukur kerana mendapat hidayah dari Allah,Tuhan Sekelian Alam untuk memeluk agama Islam yang suci dan sangat diredhai Allah S.W.T.Sejarah pengislaman Puan Anita tidaklah begitu ‘extreme’ tetapi boleh diambil sebagai iktibar kepada kita yang telah dilahirkan sebagai umat Islam.
Sejarahnya bermula apabila umurnya mencapai 18 tahun iaitu pada zaman remajanya.Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dan kehidupannya tidak begitu senang.Setelah tamat pengajian pada tahap sekolah,beliau tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana ada masalah kewangan.Beliau amat sedih dan sabar dengan ujian ini.Oleh itu,beliau memutuskan untuk bekerja bagi membantu meringankan beban keluarganya.Beliau berniaga bersama ibu saudaranya di Padang Besar.Pada waktu tersebut,beliau selalu berasa dirinya tidak lengkap dengan sesuatu yang masih tercari-cari tetapi tidak dapat terungkap.
Segala tidak tanduknya berasa tidak selesa dan sering memikirkan perkara tersebut.Setiap perbuatannya bagaikan ada saja yang tidak benar.Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk mengambil cuti untuk menenangkan fikiran.Beliau sering memikirkan samada agama yang beliau anuti ini benar atau tidak.Dan bertanya pada ibunya kerana mereka bagaikan isi dan kuku.Persoalannya masih tidak terjawab.Sejak beliau merasakan sesuatu yang tidak enak,beliau tidak lagi makan makanan yang tidak baik seperti khinzir dan minum minuman seperti arak dan sebagainya.Beliau lebih suka melakukan perkarakebaikan daripada melakukan perkara yang sia-sia.
Setelah mengambil cuti selama beberapa hari,beliau kembali bekerja seperti biasa.Pada suatu hari,ada seorang lelaki datang untuk membeli barang di kedai ibu saudaranya yang berasal dari Malaysia dan beragama Islam.Setelah selesai urusan berjual beli,beliau terlebih beri wang lebihan kepada lelaki tersebut tanpa disedari oleh kedua-dua pihak.Setelah berlalu pergi,lelaki tersebut mengambil wang lebihannya untuk membeli sesuatu pada gerai lain.Pada masa itu barulah lelaki tersebut menyedari.Lantas tanpa membuang masa,segera dia mengembalikan wang tersebut pada Yuwathida iaitu Puan Anita.Beliau berasa terharu atas kejujuran lelaki tersebut.Dan sejak dari itu,beliau mulai rapat dengan lelaki itu.
Beliau sering bertanya kepada lelaki tersebut tentang Islam.Dan mereka selalu bertukar-tukar pendapat tentang pandangan masing-masing.Hubungan persahabatan mereka telah di ketahui oleh ibubapanya.Tetapi ibubapanya tidak sedikit pun menghalang persahabatan mereka.Lama kelamaan, beliau begitu tertarik dengan agama Islam yang begitu lengkap untuk diamalkan oleh semua orang.Dari segi nilai-nilai murni yang diterapkan,pegangan agama yang kuat dan sebagainya.Beliau dapat merasakan betapa indahnya Islam.Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk memberitahu ibubapanya tentang niatnya untuk memeluk Islam.Pada mulanya ibunya tidak mengizinkannya,tetapi setelah beliau meyakinkan ibunya untuk tidak akan melupakan keluarganya setelah memeluk Islam,akhirnya ibunya menyetujui.Beliau berasa sangat gembira.
Dan pengislamannya telah dibantu oleh leleki yang bernama Salim bin Awang,yang banyak memberi jawapan pada setiap persoalannya serta membantunya untuk memahami Islam secara keseluruhan.Begitulah sejarah pengislaman beliau.
PERBEZAAN ANTARA AGAMA


Selepas menemu ramah Puan Anita,beliau memberi sedikit perbezaan tentang agama yang beliau anuti sebelum ini iaitu Agama Buddha dan agama Islam.Terdapat banyak perbezaan dan telah disertakan seperti di bawah:-


Agama Buddha 
Di Udon Thani agama Buddha terbahagi kepada dua mazhab iaitu Theravada dan Mahayana. Kedua-dua mazhab tersebut mengamalkan 5 rukun asas agama Buddha iaitu:
  1. Dilarang membunuh benda hidup
  2. Dilarang berbohong
  3. Dilarang mencuri
  4. Dilarang berzina
  5. Dilarang minum arak atau mengambil dadah
Orang Siam yang beragama Buddha mempercayai adanya hidup dan penjelmaan semula sesudah kematian. Orang yang mati di rumah akan di simpan selama tiga hingga tujuh hari. Dalam kes kematian di luar rumah pula, mayat akan dibawa terus ke kuil dan di bakar dalam masa seminggu. Sesetangah orang Siam membakar mayat dalam binaan mereka yang direka indah. Upacara pembakaran mayat hanya dilakukan oleh golongan yang berada.
Selain itu, masyarakat Siam terkenal dengan tukang-tukang tiliknya. Mereka menggunakan satu set 32 kad. Sekeping kad diberikan kepada pelanggannya dan yang lain diletakkan di sekeliling kad itu dan menafsir susunannya. Cara tilik lain ialah membaca tapak tangan. Sekiranya tarikh lahir seseorang (terutamanya masa kelahiran) diketahui dan garis tapak tangan dibaca, masa depan seseorang dapat diramalkan. Garis-garis utama di tapak tangan dipercayai mewakili otak, jantung, hidup, nasib, kejayaan dan sebagainya. Coraknya pula mencerminkan hidup masa kini dan masa hadapan.











Agama Islam
Agama Islam mempunyai empat mazhab iaitu Mazhab Imam Syafie,Mazhab Imam Maliki,Mazhab Imam Hanafi,Mazhab Imam Hambali.Tetapi masyarakat Islam di Malaysia mengamalkan dan berpegang teguh pada Mazhab Imam Syafie.Masyarakat Islam yang meninggal dunia akan dikebumikan ke dalam liang lahad iaitu tanah.Hal ini kerana,manusia dijadikan daripada tanah dan di situlah tempat kembali.Selepas pengkebumian,selalunya pihak si mati akan mengadakan tahlil untuk kesejahteraan allahyarham.
Di samping itu,Islam mengharamkan amalan tilik menilik kerana perbuatan ini mensyirikkan Allah dan tidak percaya dengan ketentuan Allah S.W.T.Orang yang melakukan perbuatan ini akan mendapat dosa besar dan sekiranya tidak bertaubat,akan mendapat azab Allah di akhirat kelak.Wallahua’lam.Selain itu juga,agama Islam berpegang pada lima Rukun Islam dan enam Rukun Iman.

Agama Islam sangat berbeza dengan agama Buddha.Hal ini kerana,agama Islam berpegang teguh pada lima Rukun Islam dan enam Rukun Iman.
Rukun Islam:
1.Syahadah (الشهادة), iaitu fahaman asas ajaran Islam:
اشهد ان لا اله الا الله اشهد ان محمدا رسول الله
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah
Perjanjian ini adalah asas untuk semua kepercayaan dan amalan lain dalam Islam.
Muslim harus mengulangi syahadah ini dalam solat, dan bukan-Muslim yang ingin memeluk Islam diperlukan untuk mengucap kalimah ini.
2.Solat (صلاة‎), atau amalan sembahyang, wajib dilakukan lima kali sehari. Setiap solat perlu mengadap Kaabah di Makkah. Di kebanyakan negara Muslim, peringatan yang dipanggilAzan disiarkan secara umum dari masjid tempatan pada masa yang sesuai.
3.Puasa (صوم), iaitu berpuasa pada bulan Ramadan. Muslim tidak boleh makan atau minum           dari subuh hingga senja pada bulan ini, dan harus berwaspada dari dosa lain.
4.Zakat (زكاة), atau pemberian sedekah. Amalan pemberian ini wajib untuk semua Muslim yang mampu, berdasarkan pada kekayaan yang dikumpul. Bahagian yang ditetapkan digunakan untuk membantu yang miskin dan yang memerlukan, dan juga untuk membantu menyebarkan Islam.
5.Haji (حج), iaitu ziarah semasa bulan Zulhijjah ke bandar Makkah. Setiap Muslim yang mampu (dari segi badan dan harta) wajib menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidupnya.

Rukun Iman:
1.Iman kepada Allah.
§  Patuh dan taat kepada ajaran dan hukum-hukum Allah.
2.Iman kepada malaikat-malaikat Allah.
§  Mengetahui dan percaya akan keberadaan kekuasaan dan kebesaran Allah di alam semesta.
3.Iman kepada kitab-kitab Allah.
§  sanakan ajaran kitab-kitab Allah hanif. Salah satu kitab Allah adalah Al-QurMelak'an.
§  Al-Qur'an memuat tiga kitab Allah sebelumnya, yaitu kitab-kitab ZaburTaurat, dan Injil.
4.Iman kepada rasul-rasul Allah.
§  Mencontoh perjuangan para Nabi dan Rasul dalam menyebarkan dan menjalankan kebenaran yang disertai kesabaran.
5.Iman kepada hari kiamat.
§  Faham bahwa setiap perbuatan akan ada pembalasan.
6.Iman kepada Qada dan Qadar.
§  Paham pada keputusan serta kepastian yang ditentukan Allah pada alam semesta.

Hukum dan Perundangan:
Syariah (secara harfiah: "laluan menuju ke tempat berair") merupakan hukum Islam yang dibentuk oleh kesarjanaan tradisi Islam. Dalam Islam, Syariah ialah penyataan kehendak ketuhanan, dan "membentuk satu sistem kewajipan terhadap seorang Muslim oleh sebab kepercayaan agamanya".
Hukum Islam meliputi semua aspek kehidupan, dari hal negara, seperti pentadbiran dan hubungan luar, kepada isu kehidupan seharian. Al-Qur'an menakrifkan hudud sebagai hukuman untuk lima jenayah khusus: berzina, tuduhan zina, meminum arak, mencuri dan merompak. Al-Qur'an dan Sunnah juga mengandungi hukum pewarisanperkahwinan, dan pembalasan untuk kecederaan dan bunuh, serta peraturan untukpuasasedekah dan solat. Bagaimanapun, arahan dan larangan ini mungkin agak umum, jadi tahap amalannya berbeza-beza. Para ulamatelah membentuk sistem hukum berasaskan peraturan-peraturan ini dan tafsiran mereka.
Fiqh, atau "perundangan", ditaksirkan sebagai pengetahuan peraturan amali agama. Cara yang digunakan pakar hukum Islam untuk memperoleh hukum dikenali sebagai usul al-fiqh ("teori hukum", atau "prinsip fiqh"). Menurut teori hukum Islam, undang-undang Islam mempunyai empat sumber asas, iaitu mengikut keutamaan: Al-Qur'an, Sunnah, kesepakatan ulama Muslim (ijma'), dan pemikiran beranalogi (qiyas). Untuk pakar hukum Islam awal, teori kurang penting berbanding aplikasi pragmatik hukum ini. Pada abad ke-9, Imam al-Shafi'imemberikan asas teoreti perundangan Islam dengan mengkodkan prinsip fiqh (termasuk empat sumber asas) dalam bukunya ar-Risālah.

Kehidupan keluarga:
Unit asas dalam masyarakat Islam adalah keluarga, dan Islam mentakrifkan kewajipan dan hak ahli keluarga. Ayah dilihat bertanggungjawab secara kewangan untuk keluarganya, dan wajib untuk memenuhi keperluan mereka. Pembahagian warisan ditentukan dalam al-Qur'an, yang menyatakan bahawa kebanyakannya ialah untuk keluarga terdekat, manakala sebahagian diasingkan untuk pembayaran hutang dan wasiat. Bahagian wanita dalam pewarisan lazimnya separuh dari lelaki yang sama taraf.Perkahwinan menurut Islam merupakan kontrak sivil yang terdiri dari tawaran dan penerimaan antara dua pihak yang layak dengan kehadiran dua saksi. Pengantin lelaki diperlukan untuk membayar mahar kepada pengantin perempuan, seperti yang disyaratkan dalam kontrak.
Seorang lelaki boleh mempunyai hingga empat isteri jika si suami percaya dia boleh melayani mereka dengan adil, manakala seorang perempuan hanya boleh mempunyai satu suami. Di kebanyakan negara Muslim, proses penceraian dalam Islam dikenali sebagai talaq, yang lazimnya dilakukan suami dengan menyebut kata "cerai".Wanita dikehendaki memakai tudung dan menurut aurat, namun para sarjana tidak sependapat sama ada terdapat dalil Qur'an terhadap amalan tradisional Islam seperti purdah dan burqa.
Bermula pada abad ke-20, reformis sosial Islam bertelagah terhadap amalan ini dan amalan lain seperti poligami, dengan kejayaan berbeza. Pada masa sama, ramai wanita Islam cuba menyelaraskan tradisi dan kemodenan dengan menggabungkan kehidupan aktif dengan kesederhanaan luaran. Sesetengah kumpulan Islamis seperti Taliban pula cuba untuk meneruskan peraturan tradisional seperti yang digunakan kepada wanita.

Bagi Puan Anita sendiri,agama Islam adalah agama yang sempurna dan sesuai untuk dianuti oleh semua golongan.