Wednesday, 23 February 2011

PENDAHULUAN
Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya dapat menyiapkan blog untuk kerja kursus CTU 151 pada masa yang telah ditetapkan.Bagi memenuhi syarat kerja kursus ini, saya telah memilih untuk menulis tentang pengislaman seorang mualaf di kariah saya.
Saya telah memutuskan untuk menulis tentang seorang mualaf yang ada di kariah saya kerana saya amat berminat dengan cara pengislaman beliau.Hal ini kerana,kebanyakan orang Islam yang kini adalah disebabkan keturunan dan bukan menerima hidayah Allah.Tetapi beliau terpilih oleh Allah S.W.T untuk menerima Islam setelah 26 tahun menganut agama Buddha.Walau bagaimanapun,beliau amat bersyukur kerana menemui apa yang dicari-cari selama ini.Oleh itu, saya rasa dengan menulis tentang pengislaman beliau,membuatkan saya rasa bertuah dilahirkan sebagai umat Islam.
Saudara mualaf yang telah saya pilih dari keluarga besar saya, iaitu Puan Anita bt Abdullah yang merupakan tok saudara saya sebelah ibu.Beliau telah berkahwin dengan tok saudara saya iaitu Salim bin Awang.Mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Artila, Solehah, dan Sabirah.Setelah tujuh tahun mendirikan rumahtangga bersama suami beliau , Salim bin Awang telah pergi mendahului dirinya, kembali ke rahmatullah pada tahun 1998.Oleh itu, tiga orang anaknya dibesarkan olehnya sendirinya.
Setelah hidup membujang selama 4 tahun, beliau mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga buat kali kedua.Beliau mengambil keputusan sedemikian untuk mencari seseorang yang boleh membimbingnya dan anak-anaknya yang masih kecil.Beliau telah berkahwin dengan Zakhri bin Rashid.Dengan hasil perkahwinan ini,beliau dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki yang bernama Mohd Zaki.Beliau amat bersyukur kerana masih berpegang teguh pada kalimah syahadah walaupun kehilangan suami tercinta yang telah banyak membimbingnya di jalan Allah S.W.T dan beliau juga bersyukur atas kurniaan keluarga yang bahagia buat dirinya.
Inilah sedikit sebanyak pengenalan tentang Puan Anita binti Abdullah yang merupakan mualaf di kariah saya.Maklumat yang terperinci akan saya sertakandi bahagian huraian.

No comments:

Post a Comment