Wednesday 23 February 2011

PERANAN DALAM BERDAKWAH
Setiap mualaf yang memeluk Islam memainkan peranan yang penting dalam berdakwah.Hal ini kerana,kaum mualaf yang gencar menyosialisasikan keyakinan barunya dalam lingkaran hidup mereka menyebabkan penyebaran Islam ke seluruh pelusuk dunia.Mereka adalah aset dakwah Islam.Dalam aspek dakwah dan pengembangan syiar Islam, para muallaf sangat efektif menjadi penyebar Islam kepada pelbagai lapisan, yang awalnya tidak tersentuh dakwah para dai muslim. Seperti dinyatakan banyak media, Steve Poccaro, sahabat kepada composer lagu-lagu Michael Jackson, bersama David Wharnsby dan Phillip Bubal, penulis dan sutradara dari trailer-trailer yang muallaf, mampu membimbing King of Pop Jacko menjadi muslim.Selain itu,kegigihan Cat Steven (Yusuf Islam) yang produktif mencipta lagu-lagu nasyid penuh pujian akan tauhid Allah, juga efektif mendakwahkan Islam di negaranya.

Tidak ketinggalan juga dakwah Puan Anita dalam kehidupan sehariannya termasuk dakwah kepada keluarga dan masyarat sekelilingnya.

DAKWAH KEPADA KELUARGA
Beliau memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan dakwah dalam keluarga beliau terutama kepada anak-anaknya.Setelah beliau memeluk Islam,beliau tidak pernah meninggal majlis ilmunya bersama anjuran PERKIM iaitu PERKIM BAHAGIAN NEGERI PERLIS.Majlis ilmu diadakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis.Pada setiap hari Isnin,mereka akan belajar mengenai ilmu Fardu ‘Ain seperti solat,berpuasa, serta lain-lain dan hari Selasa belajar mengenai taranum Al Quran.Pada hari Rabu pula,mereka akan belajar Iqra’ dan hari Khamis berkenaan ilmu tajwid.Sistem yang ditentukan sesuai bagi mereka yang baru memeluk Islam.Program ini diadakan pada pukul 2-4 petang di Pusat Latihan PERKIM Padang Katong,Kangar.
Selain itu juga,PERKIM ada menganjurkan beberapa pertandingan seperti pertandingan syarahan,kuiz,tilawah,hafazan dan amali solat.Beliau juga pernah menyertai pertandingan amali solat dan kuiz.Walaupun tidak mendapat kedudukan yang baik,beliau berasa gembira kerana mengambil bahagian.Melalui menghadiri majlis ilmu ini,beliau dapat memberi contoh yang baik kepada anak-anaknya supaya menuntut ilmu agama.Tambahan pula,beliau amat menitikberatkan hal-hal menutup aurat kepada anak-anaknya.Dengan cara beliau berpakaian, memenuhi kehendak syariat Islam.Dan ini merupakan teladan kepada anak-anaknya.
Sebagai umat Islam,solat adalah tiang agama.Walaupun beliau baru memeluk Islam,beliau tidak pernah meninggalkan solat fardu.Solat di awal waktu merupakan perkara wajib bagi setiap ahli keluarga mereka.Anak-anaknya juga patuh pada perintahnya selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.Sebagai seorang ibu dan isteri,beliau mematuhi setiap perintah dan larangan Allah SWT dalam kehidupan mereka sekeluarga seperti menjaga pergaulan antara ahli keluarga,dari segi makanan dan minuman, batas-batas aurat dan sebagainya.Beliau merupakan contoh kepada anak-anaknya untuk diteladani.Beliau sering memberitahu anak-anaknya supaya cinta pada agama Islam kerana mereka bertuah dilahirkan dalam Islam.
Disamping itu juga,beliau sering pulang ke tanah airnya iaitu Thailand di Udon Thani.Walaupun Allah SWT belum memberi hidayah kepada ibubapa,kakak, serta adiknya,beliau tidak pernah putus-putus berdoa agar mereka diberi hidayah sepertinya.Ameen.Beliau juga pernah menyeru ahli keluarga untuk memeluk Islam dan menceritakan tentang keindahan Islam kepada mereka.Mereka memberi tindak balas yang positif dan tidak pernah untuk membencinya.Baginya,beliau akan terus berdakwah kepada keluarganya hingga ke akhir hayatnya.


DAKWAH KEPADA MASYARAKAT
Selain itu,beliau juga memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan dakwah kepada masyarakat sekelilingnya.Contohnya beliau sering menghadiri majlis ilmu dan berkongsi tentang sejarah pengislamannya kepada orang ramai.Beliau juga mengamalkan dan menunjukkan contoh yang baik dari segi tutur kata ,pakaian,perlakuan dan sebagainya.Ini menunjukkan bahawa walaupun beliau baru memeluk Islam,tetapi dapat mengamalkan seluruh ajaran Islam dalam kehidupan seharian.Tambahan pula,beliau sering menghadiri majlis-majlis kenduri untuk menghulurkan bantuan tenaga walaupun tidak mampu untuk memberi bantuan dari segi kewangan.Kadang-kadang,beliau mengajak rakan-rakannya untuk menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan di surau yang berdekatan.Inilah caranya berdakwah kepada masyarakat sekeliling.


DAKWAH KEPADA NEGARA
Beliau memainkan peranan yang penting untuk menunjukkan diri sendiri dengan mempunyai nilai-nilai murni yang boleh dipraktikkan oleh setiap rakyat yang ada di sesebuah negara seperti patuh pada pemerintah selagi tidak bertentangan dengan syariat.Dengan itu rakyat dapat mematuhi segala apa yang disuruh oleh seorang pemerintah dan hidup mereka lebih aman dan harmoni serta mengekalkan perpaduan rakyat.Dengan adanya seseorang pendakwah di sesebuah negara,maka rakyat tidaklah leka dan alpa dalam menjalani kehidupan sosial kerana sering diperingat oleh ilmuan dan juga cendekiawan seperti pendakwah dan golongan mualaf.Beliau juga adalah golongan yang penting untuk berdakwah dalam Islam kepada negara.


Sekian sahaja mengenai peranan beliau dalam dakwah Islam dan penjelasan yang diberi menunjukkan betapa pentingnya golongan mualaf dalam perkembangan Islam pada masa kini.Oleh itu,marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menegakkan agama Islam kita yang tercinta sampai ke hari kiamat.Insya Allah...

No comments:

Post a Comment