Wednesday 23 February 2011

SELEPAS MEMELUK ISLAM...
Yuwathida Sea-Kan memeluk Islam pada 7 Mac 1991 dan beliau telah memilih nama Islamnya sebagai Anita binti Abdullah yang membawa maksud taat dan berbakti.Beliau memilih nama ini dengan harapan dapat berbakti kepada agama Islam dan sentiasa taat pada perintah Allah S.W.T.Beliau tertarik dengan Islam semasa umurnya 20 tahun.Dalam tempoh enam tahun ,beliau mencari-cari persoalan yang ada dalam dirinya.Sehinggalah beliau menemui bakal suaminya yang banyak memberi jawapan pada persoalan yang dicarinya selama ini.Bakal suaminya juga banyak memberi bimbingan kepadanya sepanjang beliau mendalami Islam.
Setelah beliau begitu tekad dengan keputusan untuk memeluk Islam tanpa bantahan daripada keluarga,beliau telah memilih mendirikan rumahtangga dengan orang yang banyak membimbingnya selama ini iaitu Salim bin Awang.Mereka selamat diijab kabulkan pada tahun 1991 dan beliau tinggal di kampung suaminya iaitu Kampung Teluk Kacang, Bintong Perlis.Setelah setahun berkahwin, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Artila binti Salim.Begitu juga berikutnya, mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan yang cantik iaitu Solehah binti Salim dan Sabirah binti Salim.Alhamdulillah, mereka hidup dengan aman dan harmoni.






Sewaktu anak perempuan sulung mereka berusia enam tahun iaitu tahun 1998,suaminya Salim bin Awang telah pergi meninggalkan beliau dan anak-anak buat selamanya.Suaminya meninggal tanpa sebarang punca yang dapat dikesan.Suaminya meninggal dalam keadaan tidur.Musibah ini amat berat buat dirinya menanggung seorang diri bersama tiga orang anaknya yang masih kecil.Walau bagaimanapun,beliau amat tabah menerima dugaan ini kerana takdir mereka bersama hanya tujuh tahun.Alhamdulillah,sepanjang hidupnya dengan membesarkan anak-anak, keluarga mereka dibantu oleh pihak-pihak yang tertentu seperti PERKIM.Beliau seorang yang tabah dalam mendidik anak-anak tanpa suami di sisinya.
Beliau hidup bersendirian dengan anak-anaknya tanpa seseorang yang dapat membimbing mereka.Oleh itu,Puan Anita memutuskan untuk mendirikan masjid buat kali kedua bersama Encik Zakri bin Rashid iaitu rakan kepada suaminya.Mereka selamat diijab kabul pada tahun 2002.Encik Zakri bekerja sendiri untuk menampung mereka sekeluarga.Dengan hasil perkahwinan bersama suaminya yang kedua,mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Mohd Zaki.Hingga kini,Puan Anita kekal dalam rumahtangganya bersama Encik Zakri.Beliau amat bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada mereka sekeluarga.








                                         

No comments:

Post a Comment