Wednesday 23 February 2011

                  ABSTRAK

TAJUK:MUALAF

Setiap mualaf yang memeluk agama Islam mempunyai sejarah mereka tersendiri iaitu bagaimana, mengapa, dan kenapa mereka memilih Islam sebagai agama merekaSeperti dalam surah Al-Baqarah ayat ke-256 yang membawa maksud “Tidak ada paksaan untuk (memasuki)agama (Islam),sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah.Kerana itu barang siapa yang ingkar pada Thaghut dan beriman kepada Allah S.W.T ,maka sesungguhnya ia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akan putus.Dan Allah S.W.T Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.”Ayat ini menerangkan bahawa Islam tidak pernah memaksa umatnya untuk beriman kepada Allah S.W.T. Malahan,Islam adalah agama yang lurus dan diredhai yang mana firman Allah S.W.T dalam surah Ali-Imran,ayat 19 yang bermaksud “Sesungguhnya agama di sisi Allah S.W.T ialah Islam”.
Tambahan pula,mualaf dapat didefinisikan  sebagai panggilan bagi individu yang bukan Muslim atau bukan Islam yang mempunyai harapan masuk agama Islam atau orang yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah. Orang mualaf ini akan sentiasa dibimbing agar tidak terpesong akidahnya.Bagi mereka yang baru memeluk agama Islam diibaratkan seperti bayi yang baru dilahirkan iaitu suci dan bersih tanpa sebarang dosa.Begitu bertuahnya bagi mereka yang menerima hidayah Allah S.W.T untuk memeluk Islam berbanding hamba Allah S.W.T yang dilahirkan dalam Islam secara keturunan dan belum mendapat hidayah.
Selain itu,golongan mualaf merupakan golongan yang paling penting dalam mengembangkan agama Islam.Sebagai contoh,dalam sejarah Islam terdahulu yang mana golongan sahabat yang memeluk Islam,mereka mengembangkan Islam dengan sepenuh jiwa dan raga mereka.Mereka begitu memegang pada janji-janji Allah S.W.T serta suruhan dan larangan Nya.Seperti yang dinyatakan dalam surah Muhammad, ayat ke-47 , Allah S.W.T berfirman “Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong (agama) Allah S.W.T. ,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.Mereka mempunyai semangat jihad yang tinggi di jalan Allah S.W.T.
Oleh itu,marilah kita sama-sama menegakkan syiar Islam ke seluruh pelosok dunia agar kegemilangan Islam dapat kembali seperti dahulu dan semoga golongan mualaf dapat memainkan peranan mereka dalam menyebarkan dakwah sama ada kepada keluarga mereka,masyarakat dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment