Wednesday 23 February 2011

LATAR BELAKANG SEBELUM MEMELUK ISLAM

Yuwathida Sea-Kan yang membawa maksud “anak perempuan yang kecil” adalah nama yang diberikan oleh kedua orang tuanya sejak dilahirkan.Beliau dilahirkan pada 2 Jun 1965 di salah sebuah hospital di Udon Thani, Thailand.Keluarga beliau hidup dalam kesederhanaan dan mereka tinggal di sebuah kampung, iaitu Kampung Nongburlampoo di Udon Thani, Thailand.
Udon Thani merupakan salah satu bandar yang terbesar di Tenggara Thailand(bahagian ISAN) selepas Khon Kaen dan Nakom Ratchasima.Di Thailand, Udon Thani dikenali sebagai Udon.Ia terletak sekitar 560km dari Bangkok.Keluarga beliau hidup aman damai di Udon kerana Udon juga merupakan sebuah bandar yang indah yang mana tidak sesibuk di Bangkok.Masyarakatnya juga sangat baik dan berketerampilan.
Ibubapa beliau seorang penganut agama Buddha.Nama bapanya ialah Yhin manakala ibunya bernama Buddhi.Beliau merupakan anak kedua dari pasangan ini.Beliau mempunyai tiga orang adik-beradik iaitu seorang kakak yang bernama Naree dan seorang adik lelaki yang bernama Chit Chay.Mereka hidup sebagai sebuah keluarga yang bahagia dan ibubapanya berpegang teguh pada agama yang mereka anuti.Walau bagaimanapun,bagi Yuwathida, beliau hanya menganuti agama tersebut tetapi kehidupan sehariannya tidak mengikut semua yang berlandaskan agama Buddha.Hal ini kerana, tidak mempunyai prinsip dan rukun yang jelas tentang agama tersebut.Mereka hidup dalam kebebasan dalam melakukan apa sahaja.
Yuwathida mendapat pendidikan sepenuhnya sejak beliau berusia tiga tahun.Hal ini kerana,sistem pendidikan di Thailand agak berbeza di Malaysia.Sistem pendidikan di Thailand,seseorang itu wajib belajar sembilan tahun dengan nilaian gred seperti berikut:
·         Pendidikan Play Group dan TK (usia 3tahun-6tahun)
·         Pendidikan Sekolah Dasar (Gred 1-6)
·         Pendidikan Sekolah Menengah (Gred 7-9)
·         PendidikanSekolah Menengah Atas (Gred 10-12)

Beliau mendapat Pendidikan Play Group dan TK di sebuah sekolah iaitu Longlian Ban Lamphoo.Ketika itu beliau belajar perkara-perkara yang asas.Setelah itu, beliau melanjutkan lagi Pendidikan Sekolah Dasar ketika berusia 7 tahun di Nong Bua Lamphoo.Beliau perlu mencapai gred 1-6.Dengan memperolehi keputusan yang sederhana ,beliau meneruskan pelajaran kepada Pendidikan Sekolah Menengah selama tiga tahun iaitu dari gred 7-9 di Longlian Matthayom.Dan yang terakhir, Pendidikan Sekolah Menengah Atas di Nong Bua Lamphoo selama tiga tahun iaitu gred 10-12. Beliau hanya mendapat pendidikan untuk sekolah rendah dan menengah.
Setelah tamat pendidikan,beliau hanya berniaga dengan saudaranya di Padang Besar untuk menampung kehidupannya.Yuwathida hidup dalam serba sederhana bersama keluarganya.Inilah sejarah hidup beliau sebelum memeluk Islam.

No comments:

Post a Comment