Wednesday 23 February 2011

 SEJARAH PENGISLAMAN PUAN ANITA
Tanggal 7 Mac 1991,akhirnya Puan Anita telah bergelar seorang Muslim.Beliau amat bersyukur kerana mendapat hidayah dari Allah,Tuhan Sekelian Alam untuk memeluk agama Islam yang suci dan sangat diredhai Allah S.W.T.Sejarah pengislaman Puan Anita tidaklah begitu ‘extreme’ tetapi boleh diambil sebagai iktibar kepada kita yang telah dilahirkan sebagai umat Islam.
Sejarahnya bermula apabila umurnya mencapai 18 tahun iaitu pada zaman remajanya.Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dan kehidupannya tidak begitu senang.Setelah tamat pengajian pada tahap sekolah,beliau tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana ada masalah kewangan.Beliau amat sedih dan sabar dengan ujian ini.Oleh itu,beliau memutuskan untuk bekerja bagi membantu meringankan beban keluarganya.Beliau berniaga bersama ibu saudaranya di Padang Besar.Pada waktu tersebut,beliau selalu berasa dirinya tidak lengkap dengan sesuatu yang masih tercari-cari tetapi tidak dapat terungkap.
Segala tidak tanduknya berasa tidak selesa dan sering memikirkan perkara tersebut.Setiap perbuatannya bagaikan ada saja yang tidak benar.Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk mengambil cuti untuk menenangkan fikiran.Beliau sering memikirkan samada agama yang beliau anuti ini benar atau tidak.Dan bertanya pada ibunya kerana mereka bagaikan isi dan kuku.Persoalannya masih tidak terjawab.Sejak beliau merasakan sesuatu yang tidak enak,beliau tidak lagi makan makanan yang tidak baik seperti khinzir dan minum minuman seperti arak dan sebagainya.Beliau lebih suka melakukan perkarakebaikan daripada melakukan perkara yang sia-sia.
Setelah mengambil cuti selama beberapa hari,beliau kembali bekerja seperti biasa.Pada suatu hari,ada seorang lelaki datang untuk membeli barang di kedai ibu saudaranya yang berasal dari Malaysia dan beragama Islam.Setelah selesai urusan berjual beli,beliau terlebih beri wang lebihan kepada lelaki tersebut tanpa disedari oleh kedua-dua pihak.Setelah berlalu pergi,lelaki tersebut mengambil wang lebihannya untuk membeli sesuatu pada gerai lain.Pada masa itu barulah lelaki tersebut menyedari.Lantas tanpa membuang masa,segera dia mengembalikan wang tersebut pada Yuwathida iaitu Puan Anita.Beliau berasa terharu atas kejujuran lelaki tersebut.Dan sejak dari itu,beliau mulai rapat dengan lelaki itu.
Beliau sering bertanya kepada lelaki tersebut tentang Islam.Dan mereka selalu bertukar-tukar pendapat tentang pandangan masing-masing.Hubungan persahabatan mereka telah di ketahui oleh ibubapanya.Tetapi ibubapanya tidak sedikit pun menghalang persahabatan mereka.Lama kelamaan, beliau begitu tertarik dengan agama Islam yang begitu lengkap untuk diamalkan oleh semua orang.Dari segi nilai-nilai murni yang diterapkan,pegangan agama yang kuat dan sebagainya.Beliau dapat merasakan betapa indahnya Islam.Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk memberitahu ibubapanya tentang niatnya untuk memeluk Islam.Pada mulanya ibunya tidak mengizinkannya,tetapi setelah beliau meyakinkan ibunya untuk tidak akan melupakan keluarganya setelah memeluk Islam,akhirnya ibunya menyetujui.Beliau berasa sangat gembira.
Dan pengislamannya telah dibantu oleh leleki yang bernama Salim bin Awang,yang banyak memberi jawapan pada setiap persoalannya serta membantunya untuk memahami Islam secara keseluruhan.Begitulah sejarah pengislaman beliau.

No comments:

Post a Comment